Wednesday, October 13, 2010

Doa Selamat Tinggal

DOA SELAMAT TINGGAL


Apabila hendak meninggalkan Madinah maka hendaklah menziarahi Maqam Rasulullah
(صلى الله عليه وسلام ) kali yang penghabisan kerana memberi selamat tinggal.  Sesudah memberikan salam  bacalah doa ini :

``Ya Allah, janganlah dijadikan ziarah hamba ini di tempat yang mulia ini sebagai ziarah yang penghabisan, kurniakanlah kepada hamba peluang untuk menziarahi kembali ke tempat ini dalam keadaan sihat, jika panjang umur hamba insya Allah hamba akan datang lagi.  Jika sampai ajal hamba, maka hamba akan meletakkan kepada nya syahadat dan perjanjian hamba dari hari ini sehingga hari kiamat iaitu hamba bersaksi (لا إله إلا الله واحده لا شريك له )tidak ada Tuhan  melainkan Allah, Tuhan yang satu yang tidak ada sekutu bagi-Nya, hamba naik saksi
(محمد عبده ورسوله )bahawa Nabi Muhammad hamba-Nya dan pesuruh-Nya.(سبحان ربك رب العزه عما يصفون) Maha Suci Engkau, Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan,  (وسلام على المرسلين) dan kesejahteraan atas rasul-rasul, (والحمد لله رب العالمين  )dan segala puji bagi Tuhan sekalian `alam``

Popular Posts