Wednesday, October 13, 2010

Doa Selamat Tinggal

DOA SELAMAT TINGGAL


Apabila hendak meninggalkan Madinah maka hendaklah menziarahi Maqam Rasulullah
(صلى الله عليه وسلام ) kali yang penghabisan kerana memberi selamat tinggal.  Sesudah memberikan salam  bacalah doa ini :

``Ya Allah, janganlah dijadikan ziarah hamba ini di tempat yang mulia ini sebagai ziarah yang penghabisan, kurniakanlah kepada hamba peluang untuk menziarahi kembali ke tempat ini dalam keadaan sihat, jika panjang umur hamba insya Allah hamba akan datang lagi.  Jika sampai ajal hamba, maka hamba akan meletakkan kepada nya syahadat dan perjanjian hamba dari hari ini sehingga hari kiamat iaitu hamba bersaksi (لا إله إلا الله واحده لا شريك له )tidak ada Tuhan  melainkan Allah, Tuhan yang satu yang tidak ada sekutu bagi-Nya, hamba naik saksi
(محمد عبده ورسوله )bahawa Nabi Muhammad hamba-Nya dan pesuruh-Nya.(سبحان ربك رب العزه عما يصفون) Maha Suci Engkau, Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan,  (وسلام على المرسلين) dan kesejahteraan atas rasul-rasul, (والحمد لله رب العالمين  )dan segala puji bagi Tuhan sekalian `alam``

Mengerjakan Haji Bagi Orang Lain

LAFADZ  NIAT HAJI BAGI ORANG LAIN

نويت الإحرام بالحج عن فلان بن فلان لله تعألى ‎ 

(Nawaitul ihraama bil hajji `an fulaanibni fulani lillaahi ta`aala)

Aku niat ihram Haji ganti si anu bin anu karena Allah Ta`ala.


Nota :  Sila gantikan  ``Fulan bin Fulan``  (فلان بن فلان) dengan nama bagi yang dihajikan.


Mengerjakan Haji Bagi Kanak-Kanak

MENGERJAKAN HAJI BAGI KANAK-KANAK


Orang yang menjaga harta kanak-kanak samada bapa, ibu atau penjaganya, harus mengerjakan Haji kepadanya.  Cara mengerjakan Hajinya :

  • Kanak-kanak itu dipakaikan ehram, saperti orang-orang dewasa juga, samada lelaki atau perempuan.
  • Kemudian wali itu meniatkan ehram untuknya:
 نويت الإحرام بألحج عن فرض هذا لله تعألى ‎ 

(Nawaitul ihraama bil hajji `an fardhi haa zaa lillaahi ta`aala)

Aku niat ihram Haji daripada ini kanak-kanak karena Allah Ta`ala.



    Umrah Bagi Kanak-Kanak Kecil

    NIAT UMRAH BAGI KANAK-KANAK KECIL

    نويت الإحرام بالعمرة عن فرض هذا لله تعألى ‎

    (Nawaitul ihraama bil `umrati `an fardhi haa zaa lillaahi ta`aala)

    Aku niat ihram `umrah daripada ini kanak-kanak karena Allah Ta`ala.

    Maka kanak-kanak itu hendaklah dibawa ke tempat-tempat amalan Haji saperti :
    1. `Arafah
    2. Muzdalifah
    3. Mina.
    Jika `umrah dibawanya keluar ke Tanah Halal untuk berniat ehramnya di sana.

    Sunday, October 10, 2010

    Wuquf Di Arafah

    DOA KETIKA WUQUF DI ARAFAH


    لا إله إلا الله وحده لا شريك له  ،
     له الملك وله الحمد بيده الخير وهو على كل شي إ قدير

    (Laa ilaa ha il lallaahu wahdahu laa syarii kalah , Lahulmulku walahulhamdu biyadihil khair , Wahuwa `alaa kulli syai in qadiir).


    Satengah daripada doa dan zikir yang dibaca dalam amalan-amalan Haji.  Bacalah saberapa banyaknya, dan selain dari itu bacalah apa-apa yang dapat dari tasbih, tahmid, takbir, tahlil dan lain-lainnya.




    (Rujukan  : Religous Book No.169-)

    Friday, October 8, 2010

    Sa`i

    SYARAT SA`I


    • Mulai dari Safa dan di sudahi di Marwah.
    • Tujuh (7) kali .
    • Sesudah tawaf.


    LAFADZ NIAT SA`I HAJI

    نويت أن أسعأ مابين الصفا والمروة سعي الحج  سبعأ كاملا لله تعالى ، بسم الله ، الله أكبر ، الله أكبر ،  الله أكبر

    (Nawaitu an as `aa maa bainas safaa walmarwati sa` yal hajji sab`an kaamilan, lillaahi ta`ala, bismillaahi, Allaahu Akbar, Allaahu Akbar, Allaahu Akbar).

    Sengajaku sa`i (berlari-lari anak) di antara Safa dan Marwah (Sa`i Hajji) tujuh  kali sempurna
     kerana Allah Ta`ala. Dengan nama Allah, Tuhan Maha Besar, Tuhan Maha Besar, Tuhan Maha Besar.

    ~*~


    LAFADZ NIAT SA`I `UMRAH

    نويت أن أسعأ مابين الصفا والمروة سعي العمرة  سبعأ كاملا لله تعالى ، بسم الله ، الله أكبر ، الله أكبر ،  الله أكبر

    (Nawaitu an as `aa maa bainas safaa walmarwati sa` yal `umrati sab`an kaamilan, lillaahi ta`ala, bismillaahi, Allaahu Akbar, Allaahu Akbar, Allaahu Akbar).

    Sengajaku sa`i (berlari-lari anak) di antara Safa dan Marwah (Sa`i `Umrah) tujuh  kali sempurna
     kerana Allah Ta`ala. Dengan nama Allah, Tuhan Maha Besar, Tuhan Maha Besar, Tuhan Maha Besar.

    ~*~


    LAFADZ (ZIKIR) DI-DALAM SA`I

    Sewaktu keluar dari pintu Safa (tatkala hampir dengan Safa) hendaklah membaca :

    بسم الله الرحمن الرحيم 
    . إن الصفا والمروة من شعأإرالله ،  أبدا بمابدا الله به 

    (Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Innas safaa wal marwata min sya`aa irillaah, Abda ubimaa bada Allaahubih.)

    Dengan nama Allah yang pengasih dan penyayang, bahawasanya Safa dan Marwah itu sebahagian dari syiar (agama) Allah saja. Saya mulai dengan apa yang dimulai oleh Allah dengannya.

    الله أكبر  ، الله أكبر ، الله أكبر ، ولله الحمد ، الله أكبر 

    Kemudian naik ke atas tangga Safa dan membaca :


    الله أكبر  لا إله إلا الله وحده لا شريك له ،  له الملك وله الحمد يحيي ويميت وهو على كل شي إ قدير ،   لا إله إلا الله وحده أنجزوعده ونصر عبده وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده  ،  اللهم إني أعوذبك من عضأل ألدأإ  وخيبة  الرجاإ وشماتة الأعدإ  وزوال النعمة ونزول النقمة  .

    (Allaahu akbar,  Laaa ilaa ha illallaah, Wahdahuu laa syariikalah, lahulmulku walhulhamdu yuhyii wayumiitu wahuwa `alaa kulli syai in qadiir,  Laaa ilaa ha illallaah, Wahdahuu anjaza wahdah,  wanasara `abdah ,  wa a`azu jundah, Wahazamal ahzaa bawahdah,  Allaahumma innii a`uuzubika min `udhaa lid daaa i,  wa khai batir rajaaa i,  wa syamaa tatil a`daaa i,  wazawaa lin ni`mah,  wanuzuulin niqmah). 



    ~*~











    (Rujukan  : Religous Book No.169-)

    Wednesday, October 6, 2010

    Tawaf

    SYARAT TAWAF

    1. Suci daripada hadas besar dan kecil (berwudhuk).
    2. Menutup aurat.
    3. Menjadikan Ka`abah selalu di sebelah kiri.
    4. Memulai tawaf daripada penjuru Hajar Aswad.
    5. Tujuh (7) kali mengelilingi Ka`abah.
    6. Tawaf itu dalam Masjidil Haram.

    LAFADZ NIAT TAWAF HAJI










    نويت أن أطوف بهذأ البيت طواف الحج سبعأ  كاملا لله تعالى.
    بسم الله ، الله أكبر ، الله أكبر ،  الله أكبر .

    (Nawaitu an atufa bihaazal baiti tawafil hajji sab`an kaamilan, lillaahi ta`ala, bismillaahi, Allaahu Akbar, Allaahu Akbar, Allaahu Akbar).

    Sengajaku tawaf hajji di Baitullah ini, tujuh kali keliling (yang sempurna) kerana Allah Ta`ala. 
    Dengan nama Allah, Tuhan Maha Besar, Tuhan Maha Besar, Tuhan Maha Besar.


    LAFADZ NIAT TAWAF `UMRAH










    نويت أن أطوف بهذأ البيت طواف العمرة سبعأ  كاملا لله تعالى.
    بسم الله ، الله أكبر ، الله أكبر ،  الله أكبر . 

    (Nawaitu an atufa bihaazal baiti tawafil `umrata sab`an kaamilan, lillaahi ta`ala, bismillaahi, Allaahu Akbar, Allaahu Akbar, Allaahu Akbar).

    Sengajaku tawaf `umrah di Baitullah ini, tujuh kali keliling (yang sempurna) kerana Allah Ta`ala. 
    Dengan nama Allah, Tuhan Maha Besar, Tuhan Maha Besar, Tuhan Maha Besar.


    LAFADZ DI DALAM TAWAF










    سبحان الله والحمد لله ،  ولا إله إلا الله ،  والله أكبر ، 
     ولا حول ولا قوة إلا بالله  العلي العظيم ،  
    ربنا أتنا في ألدنيا حسنه وفي الآخرة حسنه  وقنا عذاب النار .

    (Subhaa nallaahi,  walhamdulillaahi, walaa ilaaha il lallaahu, wallaahu akbar,
    walaa haula walaa quw wata illaa billaaahil `aliy yil `adziim, 
    Rabbanaa aa tinaa fid dunyaa hasanatan wafil aakhirati hasanatan waqinaa `azaaban naar).

    Maha Suci Allah dan segala puji-pujian bagi Allah, dan tak ada tuhan  hanyalah Allah dan Allah ituMaha Besar, tak ada daya dan tak ada kekuatan, hanya dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.
    Wahai Tuhan kami berilah kami di dunia kebaikan dan di akhirat kebaikan dan peliharakanlah kami dari siksa api neraka.






    DOA MULA-MULA TAWAF DAN TIAP-TIAP KALI ISTILAM HAJAR ASWAD


    بسم الله ،  الله أكبر ،  اللهم إيمانا بك وتصديقا بكتابك ووفاأ بعهدك وأتبأعا لسنة نبيك  محمد صلى الله عليه وسلم

    (Bismillaah , Allaahu akbar , Allaahumma iimaa nan bika watas diiqan bikitaabika wawafaa an bi `ahdika wat tibaa `an lisunnati nabiyyika Muhammadin sal lallaahu `alaihi wasallam).



    Dengan nama Allah Tuhan Yang Maha Besar , Ya Tuhanku aku kerjakan ini kerana beriman kepada Mu dan kerana membenarkan kitabMu dan kerana menyempurnakan janji dengan Mu, kerana menurut perjalanan (sunnah) Nabi Mu dan kekasih Mu Muhammad  (صلى الله عليه وسلم).











    (Rujukan  : Religous Book No.169-)

    Tuesday, October 5, 2010

    HAJI: `Umrah

    HAJI: `Umrah: "`UMRAH `Umrah ialah mendatangi ke Baitullah (Ka`abah) dengan syarat-syarat tertentu. RUKUN `UMRAHBerniat : نويت العمرة وأحرمت بها لله تعال..."

    Monday, October 4, 2010

    `Umrah

    `UMRAH 

    `Umrah ialah mendatangi ke Baitullah (Ka`abah) dengan syarat-syarat tertentu.

    RUKUN `UMRAH
    1. Berniat : نويت العمرة وأحرمت  بها لله تعالي  ( Nawaitul `umrata wa ahramtu biha Lillaahi Ta`ala ). Sengajaku mengerjakan `Umrah dan Ihram dengannya kerana Allah Ta`ala.
    2. Ihram : memakai kain yang tidak berjahit.
    3. Tawaf tujuh (7) kali.
    4. Sai` antara Safa dan Marwah tujuh (7) kali.
    5. Tahalul , bergunting atau bercukur.


    TALBIAH

    ~*~ لبيك اللهم لبيك . لبيك لا شريك لك . لبيك . إن الحمد و النعمة لك والملك لا  شريك لك ~*~

    (Lab bai kallaahumma lab baiik. Lab baika laa shariika laka lab baiik. Innal hamda wan ne`mata laka wal mulk.  Laashariika lak.)

    Saya sentiasa taat kepada Engkau ya Tuhanku, dengan sesungguhnya saya kerjakan perintah Engkau, saya kerjakan perintah Engkau tiada sekutu bagi Engkau ya Tuhanku. Saya sentiasa taat kepada Engkau . Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat itu bagi Engkau dan begitu juga kerajaan, iaitu tiada bersekutu bagi Engkau.









    Jenis-Jenis Haji

    JENIS-JENIS HAJI


    1. Haji Ifrad : Mendahulukan Haji dari `Umrah.
    2. Haji Tamattu` : Mendahulukan `Umrah dari Haji.
    3. Haji Qiran : Mengerjakan Haji bersama-sama `Umrah.

    Adapun bagi orang-orang yang mengerjakan Haji Tamattu`  dan Haji Qiran , wajiblah padanya membayar dam (denda), iaitu dengan memotong seekor kambing dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin di negeri itu juga.


    Wajib Haji

    WAJIB HAJI

    1. Ihram dari miqat yang tertentu (tempatnya).
    2. Bermalam di Muzdalifah meskipun sabentar sahaja, sesudah jam 12.00 malam, iaitu pada malam 10 Zulhijjah.
    3. Bermalam di Mina, iaitu mulai malam ke 11 hingga 13 Zulhijjah.
    4. Melempar Jumrah yang tiga, iaitu pada 10 Zulhijjah melempar di Jumratul `Uqabah dengan 7 batu.  Pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah melempar Jumrah yang tiga iaitu : Jumratus-sughra, Jumratul-wusta dan Jumratul `uqabah.  Tiap-tiap jumrah dengan 7 biji batu.



    Rukun Haji

    RUKUN HAJI

    1. Berniat : Sahajaku mengerjakan haji dan ihram kerana Allah Ta`ala.(Nawaitul hajja wa ahramtu bihi lillahi ta`ala).
    2. Ihram : Iaitu  memakai pakaian  yang tidak berjahit saperti selimut dan sebagainya, tidak boleh menutup kepala (songkok) bagi laki-laki dan tidak boleh menutup muka dan tangan bagi wanita dan dibolehkan memakai alas kaki.
    3. Wukuf : Berhenti di Padang `Arafah iaitu pada tanggal 9 Zulhijjah.
    4. Tawaf : Mengelilingi Ka`abah tujuh kali.
    5. Sai` : Berjalan (lari) antara Safa dan Marwah tujuh kali.
    6. Bertahalul : Bercukur / bergunting rambut kepala sekurang-kurangnya 3 atau 7 helai rambut.



    Pengertian Haji

    PENGERTIAN HAJI

    Haji itu ialah menziarahi Ka`abah, di negeri Mekkah, untuk menunaikan perintah Allah Ta`ala yang telah di tentukan.  Ibadat ini wajib dikerjakan (bagi yang kuasa) hanya sekali seumur hidup, dan sunat mengulanginya beberapa kali. Dengan syarat-syarat dibawah :
    • Orang Islam
    • Lelaki atau perempuan
    • Mencukupi perbelanjaan pergi dan baliknya serta belanja yang di tinggalkan di rumah
    • Sihat
    • Baligh
    • Aman Perjalanan



    Popular Posts