WAJIB HAJI
- Ihram dari miqat yang tertentu (tempatnya).
- Bermalam di Muzdalifah meskipun sabentar sahaja, sesudah jam 12.00 malam, iaitu pada malam 10 Zulhijjah.
- Bermalam di Mina, iaitu mulai malam ke 11 hingga 13 Zulhijjah.
- Melempar Jumrah yang tiga, iaitu pada 10 Zulhijjah melempar di Jumratul `Uqabah dengan 7 batu. Pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah melempar Jumrah yang tiga iaitu : Jumratus-sughra, Jumratul-wusta dan Jumratul `uqabah. Tiap-tiap jumrah dengan 7 biji batu.