`Umrah


`UMRAH 

`Umrah ialah mendatangi ke Baitullah (Ka`abah) dengan syarat-syarat tertentu.

RUKUN `UMRAH
  1. Berniat : نويت العمرة وأحرمت  بها لله تعالي  ( Nawaitul `umrata wa ahramtu biha Lillaahi Ta`ala ). Sengajaku mengerjakan `Umrah dan Ihram dengannya kerana Allah Ta`ala.
  2. Ihram : memakai kain yang tidak berjahit.
  3. Tawaf tujuh (7) kali.
  4. Sai` antara Safa dan Marwah tujuh (7) kali.
  5. Tahalul , bergunting atau bercukur.


TALBIAH

~*~ لبيك اللهم لبيك . لبيك لا شريك لك . لبيك . إن الحمد و النعمة لك والملك لا  شريك لك ~*~

(Lab bai kallaahumma lab baiik. Lab baika laa shariika laka lab baiik. Innal hamda wan ne`mata laka wal mulk.  Laashariika lak.)

Saya sentiasa taat kepada Engkau ya Tuhanku, dengan sesungguhnya saya kerjakan perintah Engkau, saya kerjakan perintah Engkau tiada sekutu bagi Engkau ya Tuhanku. Saya sentiasa taat kepada Engkau . Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat itu bagi Engkau dan begitu juga kerajaan, iaitu tiada bersekutu bagi Engkau.




Popular Posts